
Kelas Mengaji Dewasa Perempuan merupakan salah satu komponen Kelas Mengaji Komuniti Percuma yang dianjurkan oleh Akademi Tahfiz Lil Faaizin (ATLF).
Kelas ini dikendalikan oleh Syeikhah Hajar Abdulrazzaq dari Yaman, yang memberikan bimbingan dalam tahsin bacaan al-Quran secara bersanad.
Peserta berpeluang memperbaiki bacaan al-Quran, meningkatkan kelancaran bacaan serta mempelajari kaedah bacaan yang betul melalui bimbingan secara berperingkat.
Pengajar:
Syeikhah Hajar Abdulrazzaq
Yaman
Fokus:
📖 Tahsin Bacaan al-Quran Bersanad
Penyertaan:
✨ PERCUMA


