Visi, Misi, Moto & Objektif Akademi Tahfiz Lil Faaizin
Pengenalan
Akademi Tahfiz Lil Faaizin (ATLF) merupakan sebuah institusi pendidikan tahfiz yang ditubuhkan pada tahun 2019 hasil daripada usaha dan sumbangan masyarakat dalam menyediakan pendidikan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
ATLF memberi fokus kepada pembentukan generasi huffaz yang menguasai hafazan al-Quran, cemerlang dalam akademik serta mengamalkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian. Selain pengajian tahfiz, ATLF turut menekankan aspek ilmu agama, pembentukan akhlak, disiplin, sahsiah dan pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh.
Melalui pendekatan pendidikan yang seimbang antara hafazan, akademik, ilmu agama dan pembentukan sahsiah, ATLF berusaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja mampu menghafaz al-Quran, tetapi juga memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Akademi Tahfiz Lil Faaizin komited untuk terus memperkukuh kualiti pendidikan dan membimbing para pelajar menjadi huffaz yang mutqin, berilmu, berakhlak serta mampu memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.
VISI
Melahirkan Huffaz yang Mutqin, Cemerlang Akademik serta Beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah
MISI
1. Melahirkan huffaz al-Quran yang mutqin, memiliki hafazan yang kukuh serta sentiasa dipelihara sepanjang hayat.
2. Melahirkan huffaz yang cemerlang dalam akademik tanpa mengabaikan tuntutan ilmu semasa agar mampu memimpin serta bersaing dalam arus pendidikan arus perdana.
3. Melahirkan huffaz yang memahami, menghayati dan mengamalkan al-Quran serta as-Sunnah menurut manhaj yang sahih.
MOTO
“Mutqin • Cemerlang • Beramal”
OBJEKTIF
- Melahirkan modal insan yang menghafaz 30 juzu’ Al-Quran dalam masa 3 tahun.
- Membudayakan hafazan Al-Quran dalam pendidikan awal remaja.
- Membentuk keperibadian terpuji dalam kalangan generasi muda melalui acuaan pendidikan berteraskan Al-Quran.
- Membina karakter ilmuwan bagi meneruskan legasi perjuangan para alim ulama.
- Memperkukuhkan jati diri kepinpiman yang unggul.